ANDA SAYA DOAKAN

Saturday, 3 December 2011

Warkah UntUk KaWan!!!

Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu,aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tak tido semalaman.

Assignment bertimbun. Dengan test la, homework la.Tu belum lagi dengan presentation. Lecturer – lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diorang ingat aku ni apa? Robot? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak,takder lah jadi macam ni. Minta maaf Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham saje lah keadaan aku. Bukan kau sorang jer yang aku tak jumpa, Su.

Zu pun dah lama aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry bebanyak la Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu lebih. Lepas kelas aku lepak-lepak sekejap. Tu pun kalau tak der kelas petang. Kalau ada kelas petang nasib lar. Balik jer perut lapar terus pergi makan kat dining. Lepas pekena, aku tak lengah,terus tido. Kadang-kadang sekejap, tapi selalunya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau ‘time-time’ macam ni,tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku tak der masa, Zu.

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi library,study. Tak pun, ada discussion time tu. Kau kan tahu aku banyak assignment. Kejap-kejap ada perjumpaan. Perjumpaan itu bukanlah tak tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Tu belum kira borak-borak kosong lagi.

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab kau ni ganjil kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni,latihan sukan dah giat dijalankan. Aku pun ikut sekali lar. Tak kan nak suruh duduk sesorang kat dalam bilik. Balik pulak tu dah lewat. Balik dari main, mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi.

Lepas mandi,member-member aku ajak keluar makan. Aku tahu aku ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanati diorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topic, satu topic lain yang keluar. Balik lewat malam. Lepas tu layan game pulak. Pastu mata mengantuk, terus padam. Is, sorry. Last-last, semuanya aku tinggalkan.




P/S
· Nama sebenarnya kawan-kawan, Su, Zu ,As, Mag, dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.
· Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah ‘kawan’ kita, yang akan ‘backing’ kita kat akhirat nanti.
· Jadikan pengajaran dan iktibar kepada kita semua. Wallahua’lam……..


Wednesday, 23 November 2011

Maksud Allah Siapalah Tahu!!!

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.

Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.
Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang
raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.

Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahawa saat ini
bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua
orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib ... walau! pun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.
Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang rajayang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.
Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang
saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan
telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu.Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya
Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga ! raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau
menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu
meninggal?

Tuhan pun berfirman,

"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!
Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia
akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa
padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya didunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:

Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia
ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita
apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal
ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka bu! ruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:

Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab.

Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam sesama insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah disepanjang perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun,Pengasih serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar hidup kita bahagia
hingga ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.

salam ukhwah..

Monday, 21 November 2011

10 LALUAN BAKAL DILALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA HINGGA KE AKHIRAT



Assalamualaikum....
alhamdulilah kerana kita dpt lagi melihat dunia yg indah nie....
hari ini ana ingin brkogsi cerita dgn an'tum semua....
semoga ambil iktibar........



10 laluanyg bakal dilalui oleh manusia dari dunia hingga ke akhirat......

1.Laluan menuju ke kubur
*jauhkan dari prbuatan mgumpat dan megeji
*hindarkan perasaan iri hati(benci)
*jgn t'pengaruh dgn emas/perak
*Sucikan qada' hajat dgn istibra (berak/kencing)


2.Laluan untuk brjumpa izrail
*bersihkan diri dgn brtaubat
*gembirakan hati org mukmin
*byr semula qada' yg trtinggal
*kasih sepenuh hati kepada allah taala

3.Laluan utk brtemu Mungkar Nakir
*mgucap dua kalimah syahadah
*suka memberi sedekah
*berkata benar
*bersihkan dan perbaiki hati

4.Laluan utk memberatkan timbangan
*belajar atau mengajar ilmu yg brmanfaat
*sucikan perkataan dan pakaian
*brsyukur dengan yg sedikit
*suka dan redha dgn ape yg didtgkan oleh allah

5.Laluan memantapkan amalan
*jauhkan perkataan yg sia2
*pendekkan cita-cita dunia
*bnykkan puji-pujian kpd allah
*bnykkan sedekah dan bekalan akhirat

6.Laluan melalui titian siratul mutaqim
*kasihlah ailia' allah taala
*brbaktilah kpd kedua ibu bapa
*brpegang teguh dgn hukum syarak
*brcakap perkataan yg baik sesama makhluk

7.Laluan menjauhkan diri dari neraka
*bykkan membaca al-quran
*bykkan menagis kerana dosa-dosa yg lalu
*tinggal perkara maksiat
*jauhkan segala yg haram

8.Laluan utk memasuki surga
*membuat kebajikan seberapa banyak yg boleh
*kasihi org yg soleh
*kerjakan segala suruhan-suruhan allah
*merendahkan diri di antara semua makhluk allah

9.Lalaun berjumpa dengan nabi muhammad saw
*kasihilah nabi allah
*kasihilah rasulullah saw
*tuntutilah yg difardukan oleh allah
*bykkan selawat ke atas nabi muhammad saw

10.Laluan utk brtemu allah
*serahkan seluruh jiwa raga kepada allah
*hindarkan diri dari menderhaka kepada allah
*betulkan dan baikkan iktiqad kedapa allah
*bencikan segala yg diharamkan-nya